Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Bantu OKU...

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan seorang anggota polis sedang membantu seorang lelaki kurang...

Tiru Puteri Diana, Gaun...

SEBAGAI selebriti dan isteri kepada pewaris diraja Britain, Meghan Markle sentiasa menjaga penampilannya. Malah,...

NUJ Bebas Untuk Boikot...

KUANTAN - Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) bebas untuk memboikot sebarang majlis atau...

Menjelang PRK PD, Jentera...

MENJELANG pilihan raya kecil di Port Dickson, jentera Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan...

Buku Mengenai Istana Kehakiman Dilancar

PUTRAJAYA – Sebuah buku “coffee table” berjudul “Palace of Justice Putrajaya Malaysia” dilancarkan hari ini untuk pembaca menghayati nilai-nilai estetika bangunan lima tingkat ini yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Buku setebal 182 muka surat mengandungi maklumat bergambar dan informasi mengenai bahagian dalaman Istana Kehakiman termasuk kamar hakim dan “ante-rooms” yang selama ini tidak dibuka kepada orang ramai.

Buku “coffee table” itu, hasil cetusan idea Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Arifin, dalam ucapannya, berkata Istana Kehakiman berfungsi lebih daripada bangunan pejabat bagi anggota badan kehakiman.

“Struktur monumental ini adalah simbol keadilan yang melambangkan bahawa sistem keadilan di negara ini bukan sahaja dipelihara dengan baik tetapi juga terus utuh dan berkekalan.

“Lebih daripada itu, bangunan tersergam indah ini menjadi kebanggaan negara kerana reka bentuk yang mengagumkan telah menarik pengunjung dari dekat dan jauh yang datang untuk menghayati keindahannya yang tiada tandingannya,” kata beliau.


Azalina dalam ucapannya berkata Istana Kehakiman merupakan mercu tanda Putrajaya selain bangunan Perdana Putra dan Masjid Putra.

“Penerbitan buku coffee table Palace of Justice Putrajaya Malaysia ini amat dinantikan kerana ia memberikan gambaran visual jelas untuk pembaca menghayati suasana persekitaran kerja badan kehakiman,” katanya.

Buku yang diterbitkan oleh pejabat Ketua Pendaftar mengandungi 11 bab antara lain Bahagian Luaran, Bahagian Dalaman, Bilik Bicara, Muzium Kehakiman dan Taman & Landskap. – BERNAMA

Kategori