Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kan Dah Kena Denda...

PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap...

Video: Anonymous Untuk Isis,...

SEORANG anonymous penggodam kolektif sedang bersedia untuk melepaskan gelombang serangan siber ke atas...

90,734 Syarikat Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

4 Vaksin China Lulus...

BEIJING - China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk...

Bunuh Sosilawati: 3 Kekal Hukum Mati, Seorang Bebas

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan.

Manakala R. Matan bagaimaapun terselamat apabila dibebaskan daripada pertuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa yang lagi.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka.

“Mahkamah mendapati bukti terhadap ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan itu adalah lebih daripada mencukupi.

“Apabila semua mangsa berada di ladang milik Pathmanabhan itu, ketiga-tiga tertuduh mempunyai segala peluang untuk melakukan pembunuhan,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah dalam keputusannya membebaskan Matan selepas mendapati tiada bukti mencukupi untuk mensabitkan tertuduh ketiga itu.

Bunuh Sosilawati: 3 Kekal Hukum Mati, Seorang Bebas


Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Keempat-empat tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan,  Thilaiyalagan dan Kathavarayan selepas ini boleh mengemukakan petisyen pengampunan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori