Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

Masjid, Gereja Ditutup Atasi...

ABUJA - Pemerintah bandar raya terbesar Nigeria, Lagos memutuskan untuk menutup puluhan gereja,...

Mesej Dalam Botol Tertua...

BERLIN - Saintis berkata mesej dalam sebiji botol lama yang terdampar di tepi...

Jejantas MRT Laluan SBK...

KUALA LUMPUR - Jejantas yang menghubungkan stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai...

Cabar Waris Nik Aziz Lapor Polis PAS Terima RM90 Juta

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mencabar ahli keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik membuat laporan polis berhubung dakwaan PAN ke atas PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.

Naib Presiden PAN, Mujahid Yusof Rawa turut mencabar anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abduh membuat laporan polis kerana dakwaan PAN bahwaa kerajaan PAS Kelantan tidak memelihara alam sekitar dan PAS kini berbaik dengan UMNO.

“Adapun menggunakan nama ayah kita sebagai laporan polis kerana PAN bercadang akan buat seminar pemikiran Nik Abdul Aziz adalah di luar jangkaan kekanda (Mujahid) terhadap adinda (Nik Mohamad Abduh),” katanya dalam satu kenyataan berbaur provokosi hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan ahli keluarga Nik Abdul Aziz membuat laporan polis keatas PAN kerana didakwa mengeksploitasi nama bekas Mursyidul Am PAS itu untuk kepentingan politik.

PAN merancang menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul yang dipercayai satu usaha untuk memanipulasi kisah hidup Mursyidul Am PAS itu untuk menghasut orang ramai supaya membenci UMNO serta PAS dan menyokong Pakatan Harapan.

Mujahid dalam pada itu mendakwa Nik Mohamad Abduh tidak mengetahui semua perkara tentang bapanya kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang tokoh besar.


Justeru, beliau mempelawa Nik Mohamad Abduh supaya menyertai seminar itu untuk mempelajari tentang ayahnya.

“Semoga adinda menerima jemputan kekanda dengan dada yang lapang dan semoga tiada laporan polis dibuat kerana warkah ini,” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori