Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Usul Persempadanan Semula Diluluskan...

KUALA LUMPUR - Usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya bagi Tanah Melayu kali...

Tidak Perlu PRK Parlimen...

PUTRAJAYA - Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi...

Tak Dapat Ikut, ‘Nama’...

KALAU dah nama kawan baik, pergi mana-mana pastinya mahu bersama-sama 24 jam, bagaikan...

RoS Akan Bertindak Profesional...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan bertindak secara profesional dan mengikut peraturan...

Cadangan Skim Sewa Beli Rumah Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu penjawat awam, terutamanya yang baharu bekerja, memiliki kediaman pertama mereka.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya sedang mengkaji cadangan skim itu sebelum mengemukakannya kepada Jabatan Perbendaharaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami masih memikirkan model terbaik untuk mempraktikkan cadangan ini. Mungkin pada peringkat awal, semasa mereka (penjawat awam) masih muda dan banyak perbelanjaan lain, rumah itu kita sewakan dahulu sebelum mereka diberi peluang membelinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane di sini dan menyerahkan kunci rumah kepada 261 penjawat awam yang merupakan kumpulan pertama mendiami kuarters itu.

Jika cadangan itu diterima kerajaan, katanya beliau berharap skim itu dapat dilaksanakan tahun depan.

Ali berkata sejak kebelakangan ini, ramai penjawat awam memohon melanjutkan penginapan dalam kuarters kerajaan termasuklah mereka yang sudah berpencen dengan alasan belum memiliki rumah.

“Ada yang menggunakan nama anak yang berkhidmat sebagai penjawat awam sebagai penama bagi memastikan mereka terus tinggal di kuarters itu.

“Ini tidak adil memandangkan ramai pemohon yang dalam senarai menunggu bagi mendapatkan kuarters, misalnya, di Putrajaya sahaja terdapat kira-kira 22,000 pemohon,” katanya.


Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha membantu penjawat awam memiliki rumah termasuk melaksanakan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Terdahulu, dalam ucapannya Ali berkata pembinaan KKKA bertujuan memberi kemudahan kepada penjawat awam terutamanya penjawat awam kumpulan pelaksana yang bertugas di ibu kota.

“Penghuni KKKA hanya perlu membayar sewa pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran manakala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Kompleks kuarters kakitangan awam itu mempunyai 896 unit yang dibina di kawasan seluas 3.6 hektar dengan kos RM220 juta. Ia siap dibina sepenuhnya pada 27 Jan lepas.

KKKA Jalan Cochrone itu turut dilengkapi dengan 1,028 unit parkir, dewan serbaguna, surau, padang dan empat unit ruang pejabat. – BERNAMA

Kategori