Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Penularan Terus Lonjak,...

Sebanyak 4,503 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,664,213.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Suami Pengasuh Lakukan Amang...

AMPANG JAYA: Polis menahan lelaki berusia 55 tahun selepas melakukan amang seksual ke...

Honda Civic Type R...

TOKYO Auto Salon 2016 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu lagi menjadi...

Kerajaan Negeri Perak Kesal...

IPOH - Kerajaan negeri Perak kesal dengan kejadian menceroboh dan memecahkan patung di...

Carcosa Seri Negara Disewa Kepada Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR – Carcosa dan Seri Negara disewa kepada sebuah syarikat sosial 100 peratus milik Malaysia dikenali sebagai Asian Heritage Museum Sdn. Bhd. untuk dijadikan Pusat Perdagangan Artifak dan Seni Persembahan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tujuan bangunan bersejarah yang terletak di bawah bidang kuasa kementerian itu disewakan, antara lain adalah untuk dijadikan tempat pameran mengenai seni bela diri Asia, galeri dan lawatan untuk mengetahui tentang sejarah tempat berkenaan.

“Sebagai penjaga tapak berkenaan, kami ingin memberi penjelasan tentang dua isu yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Pertama tentang sama ada status warisan hartanah itu terancam seperti yang didakwa (dalam media sosial) dan kedua, dakwaan bahawa hartanah itu tidak digunakan dengan cara sewajarnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi menyatakan demikian sebagai respons terhadap beberapa dakwaan yang tersebar melalui media sosial bahawa bangunan itu disewakan kepada sebuah syarikat China untuk dijadikan pejabat dan status warisan kedua-dua banguan berkenaan mungkin terancam.

Menurut kenyataan itu, Carcosa dan Seri Negara pernah disewakan untuk dijadikan hotel mewah, tetapi langkah itu mengalamai kegagalan kerana sebab tertentu.

Bagi memanfaatkan nilai warisannya, perbincangan diadakan dengan beberapa agensi kerajaan bagi mencari cara terbaik untuk terus bergerak ke hadapan, katanya.


“Pada masa ini, bangunan itu tidak berada dalam keadaan baik kerana ia tidak dipedulikan selepas digunakan sebagai hotel.

Maka, melalui perjanjian sewaan itu, kami percaya bangunan ini akan dipulihara dan dipelihara bagi mencerminkan statusnya sebagai tapak warisan,” kata beliau.

Wan Junaidi berkata syarikat berkenaan perlu mematuhi dasar berkaitan pemuliharan dan pemeliharaan warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 serta syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, sewaan itu akan dibatalkan dengan serta-merta sekiranya terdapat syarat yang tidak dipatuhi seperti yang terkandung dalam surat tawaran dan sebarang pengubahsuaian dan pindaan terhadap struktur yang melanggar status bangunan warisan adalah tidak dibenarkan oleh kerajaan.

Untuk memastikan status tapak itu terus terpelihara sebagai sebagai tapak warisan kebangsaan, Wan Junaidi dilantik sebagai penasihat kehormatnya. – BERNAMA

Kategori