Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR Ringg-it dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pagi ini selepas penyusutan...

Mogok Lapar Bekas Naib...

QUITO - Mogok lapar oleh bekas Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas kini masuk...

Mangsa Kedua Insiden Lemas...

LUNDU - Pasukan operasi mencari dan penyelamat belum menemui mangsa kedua insiden dua...

Kerajaan Bina Denai 10,000...

KOTA BHARU : Kerajaan menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer...

Carrie Lam Wanita Pertama Dilantik Ketuai Hong Kong

HONG KONG – Mantan timbalan pemimpin tempatan, Carrie Lam dilantik sebagai Ketua Eksekutif baharu Hong Kong pada 26 Mac sekali gus menjadikan beliau pemimpin wanita pertama di pulau itu.

Pelantikan bersejarah tersebut diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya dengan 1,200 anggota, menurut laporan stesen penyiaran berbayar, Cable TV di sini.

Dengan 777 undi, beliau menewaskan beberapa pesaingnya termasuk mantan setiausaha kewangan John Tsang (365 undi) dan mantan hakim Woo Kwok-hing (21 undi).

Anggota jawatankuasa tersebut terdiri daripada para wakil dari pelbagai sektor, dari perniagaan hingga pendidikan, tetapi hanya suku daripada mereka penyokong parti demokrasi.

Polis dilihat mengawal para penunjuk perasaan dengan sekumpulan daripada mereka cuba merempuh kawasan yang sudah dikepung polis di luar Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, tempat undian dijalankan.

Para penunjuk perasaan mengecam “campur tangan” Beijing di tengah-tengah tersebarnya laporan-laporan yang melobi para pengundi supaya menyokong Lam berbanding Tsang.

Kawalan keselamatan diperketat dengan hadangan-hadangan besi dan jumlah besar pegawai polis yang dikerahkan di sekitar pusat mengundi. Para penunjuk perasaan juga dikawal agak jauh dari kawasan tersebut.

Lam, 59, disifatkan media sebagai “pejuang”, merupakan pegawai paling popular dalam Kabinet yang rata-rata penyokong Ketua Eksekutif, Leung Chun-ying, yang memenangi pilihan raya serupa pada 2012 dengan dihadkan kepada 1,200 pengundi.


Sebagai anak perempuan kepada pendatang dari Shanghai yang bekerja di atas kapal dan ibu yang tidak menerima sebarang pendidikan rasmi, Lam membesar di sebuah apartmen kecil bersama empat orang adik beradik dan beberapa keluarga lain.

Beliau pernah bergiat sebagai seorang aktivis sosial sebelum menyertai pemerintah. Lam sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Populariti Lam mula merosot ketika generasi penunjuk perasaan yang lebih muda bangkit, malah terus merudum sepanjang kempen pilihan raya tahun ini.

Semasa berkempen, Lam mencuba menonjolkan imej yang lebih lembut dan populis tetapi dipersendakan atas beberapa kesilapan termasuk tidak mengetahui cara-cara menggunakan pintu lawang putar di stesen kereta api.

Beliau akan secara rasmi menyandang jawatan sebagai ketua hab kewangan global itu pada 1 Julai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori