Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Membazir Dalam...

KUCHING - Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain...

VIDEO: Operasi Selamatkan Wanita...

NAMPAKNYA semakin ramai manusia cuba mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu dengan...

IKSIM Jawab Mujahid, Dakwa...

DAKWAAN penyelewengan dana oleh Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) yang sudah tersebar ekoran...

Dazrin: Perkahwinan Ditunda, Bukan...

Semalam, sepatutnya pelakon Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli diijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam...

Chong Wei Sedia Beri Kerjasama Dalam Projek Khas

KUALA LUMPUR – Projek Khas kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta sokongan penuh jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta dua jurulatihnya.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek tersebut bukan sahaja dapat membantu pemain nombor satu dunia itu memburu kejuaraan dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini tetapi dapat mencurahkan ilmu kepada lima rakan sepelatih iaitu pelapis perseorangan negara.

“Chong Wei tahu sejak dulu lagi, pendekatan BAM adalah serampang dua mata. BAM sentiasa menyokong serta membantunya termasuk menyediakan segala keperluannya untuk persediaan Kejohanan Dunia nanti.

“Namun Chong Wei mesti memberikan komitmen membantu lima pemain rakan sepelatih menjadi lebih kompetitif dan dapat menghasilkan standard tinggi dalam kalangan pemain pelapis itu.

“Saya rasa Chong Wei faham tentang tanggungjawabnnya begitu juga dengan jurulatih Hendrawan dan Tey Seu Bock,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Norza berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang komen negatif daripada Chong Wei mengenai projek tersebut.


Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM sebelum ini bersetuju melantik Hendrawan sebagai ketua projek tersebut dan dibantu Seu Bock.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

Projek Khas itu akan dilaksanakan sehingga tamat Kejohanan Dunia tanpa melibatkan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.

Mohamad Norza berkata lima rakan sepelatih itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan prestasi masing-masing supaya jurang prestasi mereka dengan Chong Wei tidak ketinggalan jauh. – BERNAMA

Kategori