Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Lima Bulan Berlalu, Kini...

SIAPA yang tidak kenal dengan lontaran vokal lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora...

95 Peratus Penduduk Malaysia...

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti...

iOS 8 Sedia Dimuat...

Khas untuk pengguna peranti Apple, Sepertimana yang dijanjikan, hari ini mereka secara rasminya...

Ibu Tunggal Warga Vietnam...

KUALA LUMPUR - Warga Vietnam beranak tiga terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi...

CIDB Berkas 12 Buruh Asing Dalam Satu Operasi Pagi Ini

KANGAR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perlis memberkas 12 buruh asing dalam satu operasi bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Seriab di sini, hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Farris Abdul Aziz berkata lapan daripada mereka tidak memiliki kad perakuan pekerja binaan atau Kad Hijau CIDB manakala Kad Hijau milik dua orang lagi telah tamat tempoh.

Katanya operasi itu yang disertai lapan agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memeriksa 49 pekerja binaan, kebanyakannya warga Bangladesh dan Myanmar bagi membendung kebanjiran warga asing di Perlis.

“Pekerja asing yang tidak memiliki Kad Hijau dikompaun RM5,000 seorang manakala majikan diberi amaran,” kata Mohammad Farris pada sidang media selepas tamat operasi.

Katanya Kad Hijau adalah dokumen pengesahan untuk pekerja asing yang memohon bekerja di tapak pembinaan yang turut mengesahkan bidang kepakaran mereka.


Mohammad Farris menasihatkan para kontraktor projek mematuhi peraturan kerana mereka yang cuai dan melanggar peraturan CIDB atau agensi penguatkuasaan lain boleh dikompaun, diberhentikan operasi serta merta atau lesen digantung.

Dalam operasi sama, Jabatan Kesihatan mengeluarkan satu kompaun RM500 kepada kontraktor sebuah projek yang menjadi sarang pembiakan nyamuk manakala satu lagi notis pembersihan tapak. – BERNAMA

Kategori