Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lelaki Myanmar Miliki Kad...

Jertih : Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu kerana...

Pengasuh Terlepas Hukuman, Bapa...

GILA... Seorang pengasuh, Jade Hatt, 21, terlepas daripada hukuman penjara kerana melakukan seks...

Shila Kena Fikir Panjang...

KESIAN dengan Datuk Siti Nurhaliza apabila namanya tak pasal-pasal terpalit sama dengan kontroversi...

Warga Asing Diarah Kosongkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan...

Dadah: 2 Lelaki Tidak Serik, Ditahan Lagi Di Manjung

LUMUT – Biarpun pernah ditahan tiga kali atas kesalahan yang sama, dua lelaki masih tidak serik sehingga sekali lagi ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi perangi dadah di dua lokasi berlainan di sekitar daerah Manjung.

Dua individu berkenaan, masing-masing berumur 45 dan 56 tahun, merupakan antara 15 suspek dipercayai penagih dadah yang ditahan di sekitar Pulau Pangkor dan Teluk Senangin di sini dalam operasi bermula Rabu lalu.

Pegawai AADK Manjung Sharuddin Abdul Salam berkata kebanyakan daripada yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan mereka berusia antara 19 dan 56 tahun.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati semua ditahan positif pelbagai jenis dadah. Kita turut menemukan peralatan seperti labu yang digunakan untuk menghisap ganja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Shahruddin berkata dalam operasi yang turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis, turut dirampas tiga kotak berisi bungkusan air ketum yang sudah dicampur kopi di sebuah rumah di Teluk Senangin selain buku urusniaga jualan air ketum.

“Kita juga percaya rumah itu dijadikan ‘port’ menghisap dadah di kawasan berkenaan dan semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penangih Dadah 1983,” katanya. – BERNAMA

Kategori