Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

APMM Yakin Muncul Agensi...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yakin mampu menjadi sebuah agensi maritim...

Syamsul Debat Tenang Walau...

KUALA NERUS - Walau terpalit kontroversi mempunyai hubungan dengan isteri orang, penceramah bebas...

Pengakhiran Sedih Cecil, Singa...

KEMATIAN singa jantan bernama Cecil yang berusia 13 tahun ini ternyata menimbulkan kesedihan...

Perjuangan Malaysia Demi Survival...

PADA pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di PWTC...

DAP Republik Demokratik Rakyat Malaysia?

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyeru rakyat Malaysia supaya bertanya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang apakah jenis demokrasi yang beliau ingin laksanakan di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, rakyat perlu juga bertanya kepada pemimpin DAP itu sama ada beliau akan mengubah nama Malaysia kepada Republik Demokratik Rakyat Malaysia jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini.

“Sehingga hari ini Kit Siang tetap dengan impiannya ingin menubuhkan sebuah negara republik jika berjaya menakluki Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hamzah berkata, Kit Siang sejak 51 tahun lalu mendominasi DAP sebagai seorang pemimpin diktator yang akan memecat pemimpin dan ahli parti itu yang tidak menyebelahinya.

Kata beliau, sifat diktator Kit Siang juga bertambah menyerlah apabila menjadikan anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pelapis kepada jawatannya.

“Sesiapa yang menentang kepimpinannya akan disekat daripada menjawat sebarang jawatan atau terus dipecat bagi memastikan legasi kepimpinan nepotismenya berterusan,” dedah beliau.

Kata Hamzah, jawatan penasihat parti DAP walaupun tidak melalui proses pemilihan adalah pemimpin mutlak dalam DAP.


“Meskipun DAP membawa nama Parti Tindakan Demokratik namun perjalanannya tidak pernah demokratik. Ahli-ahli yang sedar tentang perkara ini sudah mula meninggalkan DAP,” katanya.

DAP baru-baru ini memeterai perjanjian dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam hal politik dan perniagaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori