Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

AMK Beri Bantuan Guaman...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan memberi bantuan guaman kepada penceramah...

Suami Dikelilingi Wanita Cantik,...

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya,...

KIA Sorento Edisi Wolverine...

Pengeluar kenderaan terkemuka dari Korea, KIA telah banyak menghasilkan kenderaan versi adiwira.Sebelum ini...

Mahathir Selari Pendapat Dengan...

KUALA LUMPUR - Pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri perlu mengikut cara yang...

DAP Sarawak Sebar Persepsi Negatif Ke Atas Islam – PAS

KUCHING – Pemuda PAS Sarawak mendakwa DAP negeri tersebut sedang melemparkan persepsi negatif tentang agama Islam ke atas rakyat Sarawak.

Ketuanya, Mohamad Arifiriazul Paijo berkata, DAP Sarawak melemparkan persepsi itu ekoran pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

“DAP Sarawak mahu dilihat sebagai jaguh sentimen kenegerian apabila mengapi-apikan perbezaan hubungan sosial, interaksi dan budaya di mana secara tidak langsung turut melemparkan persepsi negatif kepada agama Islam.

“Sedangkan pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia hanyalah urusan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebelum ini dilapor mendakwa 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ke Sarawak bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli ‘gangguan’ keharmonian kaum di negeri itu.

Chieng Jen turut mendakwa kononnya guru Islam dari Semenanjung Malaysia akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan menyebabkan pengasingan kaum.


Mohamad Arifiriazul dalam pada itu meminta Chieng Jen tidak merumitkan keadaan dengan skeptikal yang keterlaluan, prejudis dan membakar unsur fobia serta melampau berhubung perkara tersebut.

“Momokannya adalah tohmahan tidak berasas dan melulu, malah beliau telah memberi label politik ke atas para guru yang telah mengikuti kursus standard perguruan. Chieng Jen sebenarnya menghina profesion mulia para guru yang ikhlas mendidik anak bangsa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori