Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Selangor Sedia Tong Kitar...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 30 lokasi bazar Ramadan di...

Agihan Vaksin COVID-19 Tak...

KUALA LUMPUR - Pengagihan vaksin COVID-19 yang dijangka diperoleh pada suku pertama tahun...

Rangka Manusia Ditemui Di...

BACHOK – Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir...

Axiata Kembali Rancang IPO...

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO)...

Daripada Pelakon Porno Kepada Paderi

SEORANG bekas pelakon filem lucah yang memperolehi pendapatan RM1.3 juta setahun akhirnya meninggalkan industri berkenaan. Lebih mengejutkan apabila Crystal Bassette yang berasal dari New York itu memutuskan untuk menjadi paderi.

Crystal atau nama pentasnya Nadia Hilton, telah menamatkan pengajian dari kolej dan dilatih sebagai paderi.

Dia meninggalkan kehidupan sebagai pelakon filem lucah selama 10 tahun selepas mula hadir ke gereja dan akhirnya bertemu dengan suaminya, David yang merupakan seorang paderi.

“Ia merupakan satu perubahan yang mendadak. Daripada ekstrem kepada peringkat seterusnya,” katanya yang mendapat anak, Justin ketika berusia 16 tahun.

Daripada Pelakon Porno Kepada Paderi

Ketika menceritakan mengenai penglibatannya dalam filem lucah, Crystal berpindah ke Hollywood selepas beranak dan terlibat dalam bidang modelling.

Tidak lama kemudian dia  diperkenalkan dalam filem lucah oleh seorang ejen. Crystal membintangi filem pertama dan memperolehi pendapatan RM133,000 sebulan,

“Saya ingat filem pertama itu, yang dilakukan di sebuah rumah di Malibu. Saya menangis dalam bilik mandi selama dua jam dan saya menghentikan lakonan selama sebulan sebelum kembali semula.


“Saya terpaksa mengambil pil dan minum alcohol untuk melalui adegan lucah itu,’’ katanya.

Sejak itu, katanya dia hidup untuk diri sendiri dan anaknya sahaja.

“Saya seperti objek. Saya tidak akan keluar rumah tanpa menunjukkan lurah saya. Saya seperti simbol seks,” katanya yang kemudian mulai bosan dengan kehidupan itu dan mula mendekati diri dengan agama.

Crystal juga terpaksa menjalani terapi selama beberapa tahun dan dia mula berubah sepenuhnya selepas bertemu dengan suaminya,

Mereka berkahwin pada Disember 2014 dan tidak lama kemudian mendapat seorang anak lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Kategori