Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Yakin BN Rampas...

BEAUFORT - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan...

VIDEO: Wanita Dicekup Cuba...

SEORANG wanita ditahan oleh pihak polis selepas videonya cuba meracuni rakan serumah tersebar...

India Dominasi Senarai Bandar...

MENURUT kajian terbaharu agensi yang memantau kualiti udara, AirVisual, sejumlah 22 daripada 30...

Subsidi RM300 Pelajar IPT...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi...

Datuk Sarang Burung Walit Direman Tujuh Hari

KLANG – Seorang pengarah syarikat pemprosesan sarang burung walit bergelar ‘Datuk’ yang diberkas semalam kerana didakwa mengeksploitasi 172 pekerjanya hari ini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Turut direman bagi tempoh sama adalah seorang wanita yang merupakan pengurus bahagian sumber manusia syarikat berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Klang, Nor Asma Ahmad dan kedua-dua suspek dihantar ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu berumur 29 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Selain itu, Nor Asma turut mengeluarkan perintah perlindungan sementara ke atas 51 wanita warga Indonesia berumur 19 dan 27 tahun yang didakwa dieksploitasi oleh lelaki berkenaan.

Perintah perlindungan itu dikeluarkan untuk tempoh 21 hari bermula hari ini dan kesemua wanita berkenaan dihantar ke Rumah Pelindungan Khas Wanita Zon Wilayah Tengah di Damansara, dekat sini.

Menurut sumber itu, hasil percakapan awal, difahamkan pekerja wanita itu tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat berkenaan yang memaksa mereka bekerja lebih masa tanpa gaji yang sewajarnya.


Katanya, serbuan di premis itu semalam turut menemukan wang tunai RM66,000 dan siasatan awal mengesyaki sarang-sarang burung yang diproses di kilang itu diperoleh daripada pengusaha di sekitar Kelantan dan Selangor untuk dieksport ke China dan Hong Kong.

“Dipercayai sebanyak 110 sarang burung walit asli perlu diproses untuk mendapatkan sekilogram hasil yang boleh dijual pada harga yang tinggi di pasaran antarabangsa itu,” katanya.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri membongkar kegiatan majikan itu yang memaksa 172 pekerjanya bekerja sehingga 17 jam tanpa cuti.

Pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan, warga Indonesia dan Myanmar didakwa hanya diberi gaji RM200 sebulan berbanding gaji pokok RM1,500 sebulan. – BERNAMA

Kategori