Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Kota Kinabalu Keluar...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu mengeluarkan 107 saman pelbagai kesalahan lalu lintas...

Gelandangan Perancis Kaya Lepas...

PENGALAMAN selama 30 tahun jadi gelandangan akhirnya memberikan tuah buat seorang lelaki Perancis,...

Usah Persoal Tanggungjawab Menangkan...

SEPANG - Setiap anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tanggungjawab masing-masing untuk memenangkan...

Kontraktor Didakwa Bunuh Elly...

Kangar: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan...

Datuk Vida Mengaku Salah Gagal Kemuka Borang LHDN

JUTAWAN kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memetik portal BNBBC, LHDN dalam kenyataannya di sini berkata pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, diarah membayar denda itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah.

Siti Hanum turut menetapkan penjara dua hari sekiranya Vida gagal membayar denda tersebut.

Vida kemudian membayar denda tersebut dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.

Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Hasil, Norhidayah Mohamad Anas.


Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac ini untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah Oktober lalu. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori