Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Marcote Yakin Bawa Lang...

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno begitu teruja untuk membawa...

Selepas 70 Tahun Ekskavasi,...

SELEPAS lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada...

Peserta Himpunan ‘Baju Merah’...

SUASANA sekitar ibu kota sudah semakin diwarnai dengan warna Merah apabila semakin ramai...

Ratusan Syarikat Dalam ‘Senarai’...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ratusan lagi syarikat dikenal...

DBKL Wujud Zon Khas Motosikal Di Lampu Isyarat

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan penstrukturan trafik baharu di ibu kota dengan mewujudkan zon keutamaan motosikal di beberapa lokasi lampu isyarat.

Zon tersebut yang dicat warna merah dan putih akan menjadi penanda kepada setiap penunggang motosikal untuk berhenti di dalam petak khas sementara menunggu lampu isyarat dan tidak lagi dibenarkan memberhenti kenderaan di luar petak tersebut.

Kenderaan lain perlu memberhentikan kenderaan masing-masing di belakang petak itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata penstrukturan trafik ini adalah bagi menjamin keselamatan pejalan kaki untuk melintas dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti dalam keadaan selamat.

“Dalam usaha ini, saya harap agar ia dapat mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku di jalan raya seperti masalah ragut dan pecah cermin kereta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mhd. Amin Nordin berkata setakat ini DBKL menyediakan zon motosikal di tiga lokasi merangkumi Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Malah pihaknya juga mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk mewujudkan kemudahan itu antaranya di Jalan Tunku Abdul Rahman.


“Kami (DBKL) akan wujudkan satu zon motosikal pada setiap bulan di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna motosikal, setiap zon yang berkeluasan 6.096 meter mampu memuatkan lebih 20 motosikal dalam satu-satu masa,” katanya.

Mhd Amin Nordin berkata pada peringkat awal ini, DBKL akan memberi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula bulan ini kepada pengguna jalan raya untuk membiasakan diri kepada penstrukturan trafik yang baharu itu.

Selepas tempoh percubaan itu, Mhd. Amin Nordin berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi arahan itu akan dikenakan kompaun antara RM50 hingga RM100. – BERNAMA

Kategori