Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Kedai Makan Didenda...

KUALA LUMPUR - Gara-gara membaling batu sehingga memecahkan cermin kereta seorang ejen hartanah,...

RM18 Bilion Dimasuk Dalam...

KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Pemecatan 3 Anggota UMNO...

MARAN - Tindakan Lembaga Displin Umno memecat tiga anggota Umno Bahagian Maran baru-baru...

579 Aduan Pencatutan Berkaitan...

KUCHING - Sebanyak 579 aduan pencatutan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diterima...

Debat Tun Mahathir – Nazri Tunda 7 April

KUALA LUMPUR – Debat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam berikutan penganjuran sebelum ini tidak mendapat permit polis.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata berikutan lokasi penganjuran itu, pihaknya meminta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menjadi moderator debat berkenaan.

Nazri berkata, ia adalah penghormatan untuk Ahli Parlimen Shah Alam, selain tidak mahu orang ramai mempunyai tanggapan bahawa debat itu hanya bertujuan meraih kepentingan politik jika moderator dilantik dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tun (Dr. Mahathir) bagi syarat untuk saya selesaikan perkara ini menjelang jam 1 esok, termasuk mendapat persetujuan polis mengenai lokasi penganjuran.

“Bagaimanapun, sukar untuk saya penuhi syarat ini kerana polis Perak sudah mengeluarkan kenyataan bahawa debat di Kuala Kangsar tidak mendapat permit.

“Oleh itu, penganjur ada hubungi untuk tangguhkan debat ke 29 Mac ini, tetapi ia tidak dipenuhi kerana saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke India,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan meminta penganjur untuk menunda debat pada 7 April, selain diadakan di bangunan persendirian kerana ia tidak tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.


Selain itu, katanya, kutipan sumbangan kepada masyarakat Rohingya akan dibuat sempena penganjuran debat berkenaan bagi memastikan program itu mempunyai matlamat khusus dan manfaat kepada golongan memerlukan.

“Saya minta supaya orang ramai yang hadir memberi sedikit sumbangan ikhlas untuk masyarakat Rohingya supaya wacana ilmiah ini tidak dipandang serong sebagai program sia-sia.

“Apa yang saya buat sekarang adalah berdasarkan kehendak saya, iaitu untuk mewujudkan budaya dalam negara ini supaya mengadakan wacana ilmiah, berbanding menggalakkan perbalahan antara pemimpin.

“Perbalahan yang hanya berakhir dengan pergaduhan fizikal seperti ini hanya memualkan rakyat. Itu bukan budaya yang kita hendak terapkan di negara ini,” katanya. – Berita Harian

Kategori