Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB: Mahkamah Putuskan Nasib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Seksyen di sini menetapkan 14 Nov ini untuk keputusan...

Wanita Ditahan Belasah Suami...

SEORANG wanita di SW Sadwick Ave, Port St.Lucie, Florida, Amerika Syarikat ditahan pihak...

Sebanyak 1,774 Kes Denggi...

MELAKA - Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos...

Kerajaan Iktiraf Peranan NGO...

KUALA LUMPUR - Bajet 2016 seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Dego Ride: Malaysia Akan Contohi Negara Maju

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mencontohi Tokyo, Singapura, London dan New York yang tidak menggunakan operasi teksi motosikal di bandar mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu kenapa Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di negara ini biarpun negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menggunakan perkhidmatan itu.

Ab Aziz berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

“Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.


Katanya rakyat di negara ini mempunyai banyak pilihan pengangkutan awam lain seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) mengenai undang-undang khusus bagi perkhidmatan Uber dan Grabcar, Ab Aziz berkata pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grabcar menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini. – BERNAMA

Kategori