Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

AS Kenakan Sekatan Ke...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua...

ETS Laluan Utara-Selatan Mula...

BATU GAJAH - Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi laluan utara-selatan yang terjejas ekoran...

Fazlina Cuma Mengajar, Ogy...

ARTIS yang kena tampar tapi pihak pengurusan yang melatah lebih. Baru-baru ini, naik...

Penuntut IPT Bebas Sertai...

PETALING JAYA - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di...

Derita Si Comel, Anak Ular Tersekat Dalam Hidung

SEEKOR kucing betina peliharaan sebuah keluarga dari Mendocino County, California berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tersekat dalam lubang hidungnya.

Menerusi video berdurasi satu minit lebih itu, kucing peliharaan yang diberi nama Marian itu dilihat menjilat-jilat badan anak ular yang terjuntai dari lubang hidungnya.

Seorang lelaki cuba menenangkan haiwan peliharaan milik isterinya sebelum bertindak menarik keluar reptilia tersebut yang mengganggu saluran pernafasan Marian.

Marian didapati tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi tak henti-henti bersin setelah anak ular tu dikeluarkan dari lubang hidungnya.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya berkata, “Kucing peliharaan isteri saya gagal memakan mangsanya. Mudah-mudahan lain kali dia (Marian) tidak lupa untuk mengunyahnya.

“Kepala anak ular itu terjuntai keluar. Kami menduga Marian cuba memakannya namun reptilia itu berjaya keluar melalui saluran pernafasannya.


“Rasa ingin tahu ternyata tidak membunuh kucing itu tetapi ia membuatkannya rasa tidak selesa,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula berkata, “Kucing kadang-kadang tidak cerdik. Nasib baik anda membantunya mengeluarkan reptilia tersebut.”

Video insiden yang menimpa kucing tersebut sebenarnya berlaku pada September 2009 dan pernah dikongsi oleh seorang pengguna laman penstriman video YouTube ‘natemanafter’ namun kembali sensasi sejak beberapa hari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori