Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SOSMA Penting Pastikan Keselamatan...

BANGI - Malaysia masih memerlukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi...

Amalkan Air Cukup, Sazzy...

TIADA apa dalam dunia ini yang ada jalan mudah termasuklah untuk dapat tubuh...

Donald Trump Bakal Bertemu...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi...

UMNO Sabah: Bersatu Belum...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan muktamad...

‘Desa Digital’ Untuk Perkasa Usahawan Luar Bandar

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kini dalam perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi mewujudkan Desa Digital untuk memperkasakan ekonomi usahawan luar bandar.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu bertujuan menggalakkan usahawan luar bandar menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk memasarkan produk mereka, sekali gus menjana lebih banyak pendapatan.

“Isu yang kita lihat dalam kalangan usahawan di luar bandar ini ialah isu pemasaran produk mereka. Usahawan desa ni semua kreatif dan mereka ini mempunyai idea-idea yang sangat bagus.

“Tetapi bila sampai pada isu pemasaran produk, mereka berdepan dengan masalah untuk memasarkan produk kerana perkhidmatan Internet masih lagi tidak menyeluruh di luar bandar,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Komuniti TN50 di sini, hari ini.

Program Bicara Komuniti TN50 yang dianjurkan oleh KKLW melalui Institut Kemajuan Desa itu dihadiri oleh lebih 200 hadirin merangkumi pensyarah, pemimpin pelajar, pertubuhan bukan kerajaan serta usahawan industri kecil dan sederhana.

Ismail Sabri berkata KKLW turut merancang mewujudkan Akademi Keusahawanan Digital Luar Bandar Malaysia bagi melatih generasi muda di kawasan itu menjadi usahawan digital.

Mengulas mengenai program Bicara Komuniti itu, Ismail Sabri berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para peserta serta cadangan-cadangan yang diutarakan.


Menurutnya program tersebut adalah satu permulaan untuk KKLW mendapatkan maklum balas daripada peringkat akar umbi terutama belia tentang langkah yang perlu dilakukan bagi merealisasikan transformasi nasional TN50.

TN50 yang digagaskan Najib semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada 21 Okt tahun lepas, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

“Banyak cadangan dan pandangan yang bernas diterima daripada belia-belia yang hadir hari ini. Kita akan bawa cadangan-cadangan itu ke Konvensyen Dasar Luar Bandar yang akan diadakan pada Ogos ini.

“Konvensyen tersebut akan membincangkan dasar-dasar luar bandar yang akan dilaksanakan bagi mencapai TN50,” katanya. – BERNAMA

Kategori