Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saman Sivil Terhadap Tommy...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Selasa membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun...

Fazura Tidak Mahu Berlakon...

SETELAH lebih 10 tahun berada dalam industri seni, aktres jelita Nur Fazura menyatakan...

Siasatan Lanjut Ke Atas...

LAHAD DATU - Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas saksi kejadian iaitu sebelas...

Wanita Rela Kahwin Sendirian...

ADALAH menjadi detik hitam bagi mana-mana pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan namun...

Disangka Biawak Gergasi Dalam Longkang Rupanya…

WARGA penduduk di kawasan Kemayoran, Jakarta gempar apabila mendapati makhluk ganjil merangkak di dalam saliran longkang di Jalan Howitzer Raya pada Isnin lalu.

Rata-rata warganya tidak berani untuk mendekati longkang terbabit bertindak menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat kejadian itu.

Makhluk ganjil yang berwarna hitam yang diselaputi lumpur sampah-sarap itu pada awalnya disyaki sebagai biawak gergasi namun setelah diperiksa oleh anggota polis mendapati ianya adalah seorang remaja lelaki.

Disangka Biawak Gergasi Dalam Longkang Rupanya...

Ketua polis tempatan, M Rosid memberitahu makhluk ganjil itu merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Supeno berasal dari Sumur Batu, Kemayoran.

Supeno yang berada dalam kesejukan dan dipenuhi lumpur akhirnya dibantu dan dimandikan oleh anggota polis dan warga tempatan sebelum dibawa ke balai untuk diserahkan kepada keluarganya.


Menurut laman tempatan negara itu, ahli keluarga Supeno memberitahu mangsa bertindak sedemikian akibat kemurungan yang berpunca selepas bekas majikannya tidak membayar gaji kepadanya.

Difahamkan Supeno sebelum ini pernah bekerja sebagai buruh binaan di Bandung selama sebulan.

Akibat kemurungan yang dihidapi, Supeno kini ditempatkan di rumah sakit jiwa Pekalongan, salah sebuah daerah di bandar tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori