MODEL dan aktor Korea Selatan, Kim Woo Bin mengalami detik hitam ketika berkunjung ke negara Filipina gara-gara disalah anggap sebagai penjenayah sehingga menghadapi kesukaran untuk kembali ke tanah airnya.
Menurut Woo Bin kepada media negara itu, kunjungannya ke Filipina untuk penggambaran filem baharunya yang berjudul Master.
Namun seminggu sebelum berangkat pulang ke Korea, dia mendapat panggilan daripada salah seorang kakitangan produksi memberitahu bahawa dia bakal berhadapan kesukaran untuk meninggalkan negara itu dan berkemungkinan ditahan selama sebulan.
Tambahnya lagi, masalah itu berpunca daripada namanya Kim Woo Bin yang secara kebetulan menyerupai nama salah seorang penjenayah di negara itu yang masih dalam pelarian.
Hakikatnya, nama sebenar aktor itu adalah Kim Hyun Joong manakala Kim Woo Bin pula merupakan nama komersialnya.
Disebabkan kekeliruan identiti itu, aktor kacak ini terpaksa berdepan dengan beberapa prosedur keselamatan negara itu itu seperti dokumentasi malah cap jarinya juga diuji dan dibuat perbandingan dengan cap jari milik penjenayah sebenar.
Namun segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan dalam masa seminggu dengan bantuan orang sekeliling dan Woo Bin berjaya keluar dari Filipina seperti yang dijadualkan. – MYNEWSHUB.CC