Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Lemah Dalam...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kelemahan komunikasi yang...

Kaedah Baharu Bayaran Parkir...

SEREMBAN - Kutipan bayaran tempat letak kereta dan penguatkuasaannya di Bandar Seremban akan...

Bomba Bantu Murid Terperangkap...

KUCHING - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Betong membantu mengeluarkan dua orang murid...

Bunuh Rakan, Tersenarai 10...

Shanika Minor, 24, menjadi satu-satunya wanita yang berada dalam senarai 10 individu paling...

Donald Trump Bakal Bertemu Presiden China

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping dan pertemuan itu dilihat akan melakar hala tuju hubungan antara kedua-dua buah negara, kata Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Kedua-dua pemimpin akan bertemu di Mar-a-Lago, Florida pada 6 hingga 7 April dan ia merupakan pertemuan pertama sejak Trump menyandang jawatan Presiden pada Januari.

“Presiden AS tidak sabar untuk bertemu dengan Presiden Xi bagi bertukar-tukar pandangan dan berbincang mengenai hubungan dua hala,” kata jurucakap Rumah Putin Sean Spicer dalam satu taklimat media.

Antara isu yang bakal menjadi agenda perbincangan termasuk isu Korea Utara, perdagangan dan keselamatan serantau, tambah beliau.


Spicer berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung tarikh, lokasi dan agenda untuk sidang kemuncak Xi-Trump selepas mengadakan perbincangan selama beberapa minggu.

Ditanya mengenai harapan AS hasil daripada mesyuarat itu, Spicer berkata, ia akan menjadi satu peluang untuk Trump “menjalinkan hubungan secara peribadi dengan Presiden Xi.” – BERNAMA

Kategori