Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Ke-16: Al-Sultan Abdullah...

SEPANG - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di...

Impak Koronavirus Terhadap Komoditi...

PUTRAJAYA - Penularan koronavirus di China ketika ini dijangkakan hanya memberi impak sementara...

Obama Batal Pertemuan Dengan...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama membatalkan pertemuan yang dirancang dengan Presiden Rodrigo Duterte,...

17 Lelaki ‘Bertempur’ Di...

Sandakan : Seramai 17 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan pusat...

2 Rakyat Malaysia Selamat Tinggalkan Korea Utara

DUA daripada 11 rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara telah selamat meninggalkan negara komunis itu, lapor Reuters memetik sumber kerajaan Malaysia hari ini.

Kedua-dua wanita berusia 30-an terbabit merupakan sukarelawan program bantuan makanan sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Rejim Pyongyang pada Selasa mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu susulan tindakan Malaysia mengusir duta Korea Utara, Kang Chol susulan kenyataan biadapnya terhadap kerajaan Malaysia sebelum ini.

Kang Chol sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia bersekongkol dengan kuasa luar dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin Kim Jong-un.

Kelmarin, sumber PBB memberitahu Bernama pihaknya telah menghubungi  kedua-dua petugas mereka yang merupakan rakyat Malaysia sebaik sahaja notis sekatan dikeluarkan oleh Pyongyang.


Sementara itu nasib sembilan lagi warga Malaysia yang merupakan ahli keluarga dan petugas yang berkhidmat di kedutaan besar Malaysia di Pyongyang masih lagi tidak diketahui buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori