Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Pertahanan Thailand...

BUKIT KAYU HITAM - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Bunuh Rakan, Tersenarai 10...

Shanika Minor, 24, menjadi satu-satunya wanita yang berada dalam senarai 10 individu paling...

Lepas 37 Tahun, Brunei...

BANDAR SERI BEGAWAN - Ketika simpanan minyak mentah hanya berbaki 1.1 bilion tong,...

Harga Coutinho Naik Mendadak!

LIVERPOOL dilaporkan telah menetapkan harga €150 juta untuk Philippe Coutinho dalam usaha untuk...

Dulu Flat Usang, Kini Razak Mansion Jadi Kondo

KUALA LUMPUR – Bertuahnya pemilik 1Razak Mansion di Jalan Sungai Besi! Jika dahulu tinggal di flat satu atau dua bilik tetapi kini dapat kondominium sederhana tiga bilik dan dua bilik air!

“Dibandingkan yang lama dengan yang baharu macam siang dengan malam. Dulu comot dan kelihatan seperti setinggan bandar. Saya malah gembira gambaran projek ini bukan seperti flat PPR (projek perumahan rakyat).

“Tetapi gambaran sebuah kondo sederhana,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik perumahan 1Razak Mansion di sini pada Rabu.

Sebelum ini pada 27 Februari lalu, beliau menyerahkan kunci kepada 472 penghuni Residensi Kerinci di Lembah Pantai yang dibangunkan semula atas konsep sama daripada asalnya flat lama empat tingkat atas usaha kerajaan.

Perdana Menteri bahkan berkata bahawa projek berkenaan amat dekat di hatinya dan menyimpan nilai sentimental kerana pada 26 April 1967 lalu, allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein pernah merasmikan flat asal.

Rumah pangsa lama yang terletak di belakang kawasan kondo 1Razak Mansion; dahulunya hanya merupakan unit sempit satu buah bilik dan dua bilik sahaja dengan keluasan sekecil kira-kira 399 dan 504 kaki persegi.

Kondo 1Razak Mansion pula mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan 800 kaki persegi serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis.

Keseluruhan projek pembangunan semula flat tersebut berdekatan Pekan Salak Selatan dan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur itu membabitkan sejumlah 658 unit rumah, 23 buah kedai, 110 lot pasar serta sebuah surau.

“Saya dimaklumkan bahawa nilai pasaran terkini bagi satu unit perumahan 1Razak Mansion telah meningkat tidak kurang daripada RM350,000 berbanding harga dahulu di sekitar RM60,000 sahaja,” kata Najib lagi.

Perdana Menteri juga menyuarakan perasaan gembiranya kerana projek flat itu siap lebih awal daripada jangkaan sekali gus membolehkan penduduk berpindah sebelum bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


“Projek ini malah siap sembilan bulan lebih awal daripada jangkaan tiga tahun seperti mana tercatat dalam surat Perjanjian Jual Beli yang telah ditandangani pemilik pada 2014 lalu,” tambah beliau.

Najib turut mengumumkan pemilik setiap unit 1Razak Mansion akan menikmati beberapa insentif istimewa, iaitu:

1. Setiap unit rumah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik sendiri dengan tempoh pajakan selama 99 tahun berbanding dengan unit lama dengan baki pajakan 40 tahun.

2. 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualan RM42 ribu seunit yang mana pada masa kini harga pasaran rumah berkenaan adalah RM350 ribu ke atas.

3. Kos pemindahan berjumlah RM3,000 dibiayai oleh pemaju sendiri kepada 557 pemilik. Pihak pemaju juga menanggung kos penyelenggaraan dan sinking fund selama dua tahun bermula tahun ini.

4. Mengikut perjanjian jual beli, semua penduduk diberi tempoh sebulan untuk berpindah ke unit baharu. Namun demikian, Perdana Menteri mengarahkan pemaju melanjutkan tempoh masa pindahan kepada dua bulan.

Najib turut memuji langkah syarikat pemaju projek, Impianika Development Sdn. Bhd. untuk membangunkan semula kawasan berkenaan melalui perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP).

Istimewanya, 1Razak Mansion berhampiran dengan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang akan dibina tidak lama lagi di tapak Bandar Malaysia selepas Pangkalan TUDM berpindah. –  Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori