Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Bukan Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menafikan dakwaan yang tersebar melalui media sosial berhubung...

Tuntutan Palsu: 12 Pegawai...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini hari ini, membenarkan permohonan reman terhadap...

Reaksi Positif, Adib Dijangka...

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin rancangan anggota...

Anjing Terkejut Gigit Kepala,...

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah akibat digigit...

DUN Selangor Kecoh Wakil BN-DAP Bertikam Lidah

SHAH ALAM – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dan Barisan Nasional (BN) bertikam lidah berhubung isu kemasukan pelabur asing ke negara ini.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, berkata, Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pilihan pelabur asing berikutan isu ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Kenyataan Suee Lim itu menyebabkan Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) bangun mencelah dan menempelak dakwaan tersebut yang disifatkan tidak berasas.

“Kajian firma antarabangsa membabitkan 180 negara menunjukkan Malaysia masih lagi menjadi destinasi pilihan utama pelabur asing.

“Saya minta Sekinchan jangan menuduh tanpa fakta… kenyataan sedemikian adalah sindrom untuk burukkan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Baca: Sultan Selangor Dukacita Amalan Politik Kebencian

Bagaimanapun, Suee Lim tetap mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa kejatuhan nilai ringgit adalah bukti ketidaktentuan ekonomi negara, selain isu 1Malaysia Development Berhad yang masih belum dapat diselesaikan.


Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah mengingatkan ADUN Sekinchan itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

“Mengikut rekod, kemasukan pelaburan dari China membabitkan nilai RM144 bilion dan pelaburan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion adalah bukti negara luar yakin dengan Malaysia.

“Berhenti putar belit isu 1MDB. Isu 1MDB dibawa dalam Pilhan Raya Negeri Sarawak, tetapi tidak berjaya, dan isu ini juga dibawa dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, tetapi juga gagal,” katanya. – BERNAMA

Kategori