Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Pencuci Pinggan Warga India...

KUALA LUMPUR - Seorang pencuci pinggan warga India hari ini dipenjara sebulan oleh...

K’jaan Pertimbang Elaun Sara...

PARLIMEN | Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kos sara hidup pelajar...

Jong-un Pelawa Donald Trump...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Donald Trump mengunjungi Pyongyang...

UMNO Kini Lebih Mantap...

UMNO yang kini diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk...

Duta Besar Malaysia Ke Korea Utara Ada Di KL

PUTRAJAYA – Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar Raja Nushirwan Zainal Abidin berkata duta itu yang dipanggil pulang dua minggu lepas bagi perundingan sebenarnya masih lagi berada di Kuala Lumpur.

“Ya memang benar duta kita telah diisytiharkan sebagai PNG. Tindak balas ini merupakan perkara biasa dalam diplomasi.

“Perlu ambil perhatian bahawa duta besar Malaysia telah dipanggil pulang oleh kerajaan. Beliau kini berada di Malaysia dan telah berada di Malaysia sejak itu,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Agensi berita North Korean Central News Agency (KCNA) hari ini melaporkan negara itu telah mengisytiharkan duta besar Malaysia ke negara itu sebagai PNG dan mendesak duta itu meninggalkan Korea Utara dalam tempoh 48 jam dari 10 pagi Ahad.

Laporan itu dikeluarkan susulan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol disiytiharkan sebagai PNG pada Sabtu dan diberikan tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil Wisma Putra (Kementerian Luar).

Keputusan itu dibuat oleh kerajaan berikutan duta itu gagal meminta maaf berhubung tuduhan dibuatnya bahawa Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan dalam menyiasat pembunuhan Kim Chol, dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari.


Jong-nam hidup terasing daripada adiknya itu.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara renggang sejak itu.

Kang Chol berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.35 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines MH360 ke Beijing. – BERNAMA

Kategori