Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

JPJ Buka Pejabat Cawangan...

KUALA SELANGOR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka sebuah pejabat cawangan di...

Muhd Safawi Belum Puas...

SHAH ALAM - Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) negara, Muhd Safawi Rasid masih...

Bayi Menderitai Kanser Tisu...

KOTA BHARU - Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya...

Bantah P.Pinang Pinjam RM1...

PULAU PINANG - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan...

Masa Dah Cukup, Kang Chol Tinggalkan Malaysia

KUALA LUMPUR – Duta Korea Utara, Kang Chol yang diisytiharkan ‘Persona Non Grata’ oleh kerajaan Malaysia dilihat meninggalkan kediaman kedutaannya di Bukit Damansara, petang tadi.

Kereta yang membawa Kang Chol dilaporkan keluar dari kediaman kedutaan pada jam 3.55 petang sebelum sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 4.40 petang tadi.

Duta Korea Utara Dijangka Tinggalkan Malaysia Petang Ini

Kang Chol dijangka akan meninggalkan negara ini melalui satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 6.30 petang, hari ini.

Beliau difahamkan masih berada dalam negara walaupun tempoh untuk meninggalkan negara ini akan tamat jam 6 petang ini.

Duta Korea Utara Dijangka Tinggalkan Malaysia Petang Ini


Kerajaan Malaysia menuntut Kang Chol membuat permohonan maaf selepas membuat tuduhan berkaitan proses siasatan penyiasatan terhadap warga Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Malaysia mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan dan bersekongkol dengan kuasa luar untuk memburukkan negaranya.

Persona Non Grata diterjermahkan secara kasarnya sebagai ‘Orang Yang Tidak Dihargai’ iaitu seseorang yang diisytiharkan sedemikan dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara. Ia adalah bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seorang diplomat asing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori