Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Selesai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Isteri PM Luang Masa...

JOHOR BAHRU - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat...

Bukit Aman Tangkap Anggota...

KUALA LUMPUR - Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang warga...

Masih Tiada Berita Rakyat...

KATHMANDU - Tiada perkembangan atau maklumat terbaharu mengenai dua rakyat Malaysia yang dilapor...

Duta Korea Utara Naik Kelas Ekonomi, Bawa Balik TV

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin nampak garang, namun siapa sangka beliau pulang ke Pyongyang lewat Isnin dalam keadaan serba kekurangan.

Portal antarabangsa Daily Mail melaporkan, beliau hanya menggunakan pakej penerbangan kelas ekonomi yang sesak dengan ramai penumpang dan turut membawa bersama-samanya sebuah televisyen jenama Philips.

Kang Chol turut membawa empat kotak dibalut kemas bertulis DPRK Pyongyang dan tiga bagasi lain sebelum mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor semalam.

Di atas pesawat, Kang Chol terpaksa duduk himpit bersesak seperti penumpang lain dalam kelas ekonomi pesawat Malaysia Airlines, sesuatu yang dianggap di luar kebiasaan untuk individu profil tinggi bertaraf diplomat.

Ia mencetuskan persoalan mengenai pendapatan duta tersebut yang agak miskin sehingga terpaksa membawa balik set TV dengan menaiki pesawat sama seperti dilakukan pekerja Bangladesh apabila pulang ke kampung halaman.

Duta Korea Utara Naik Kelas Ekonomi, Bawa Balik TV

Daily Mail turut memaparkan foto Kang Chol ‘tersepit’ antara penumpang lain bersebelahan dengan kanak-kanak dalam pesawat penerbangan MH360 menuju ke Beijing, China itu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.


Portal terkenal Britain itu turut menambah “Sekurang-kurangnya dia tidak kena tembak,” menerusi kapsyen gambar sebagai sindiran terhadap nasib penyandang jawatan sebelumnya yang diarah pulang ke Pyongyang pada 2014.

Kata-kata sinis itu dipercayai merujuk kepada bekas duta besar Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, yang dilaporkan ditembak mati oleh rejim Pyongyang sejurus dipanggil balik atas dakwaan derhaka kepada negara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara, Kim Jong Un, yang dihukum bunuh dengan peluru berpandu bersama-sama seluruh anggota keluarganya pada Disember 2013.

Kepulangan Kang Chol susulan pengisytiharan ‘Persona Non Grata‘ oleh kerajaan setelah gagal mengemukakan permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan liar dilontarkannya terhadap Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori