Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

PRU-15: Ada Penyandang Tak...

Kuala Kangsar : Ada beberapa penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN) di Perak...

Gugur Status Agama: Itu...

MARANG - Pemuda PAS menyifatkan cadangan Senator Nga Hock Cheh daripada DAP agar...

Ahmed Dapat Jemputan Daripada...

SUSULAN insiden pelajar berusia 14 tahun, Ahmed Mohamed yang ditahan pihak polis kerana...

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut...

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh...

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 4.3-4.8 Peratus

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara diunjur berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus tahun ini, dipacu oleh permintaan domestik dan sokongan daripada sektor luar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata permintaan domestik akan kekal menjadi pemacu utama dengan sokongan daripada peningkatan eksport bersih manakala penggunaan swasta akan disokong oleh pekerjaan berterusan dan pertumbuhan pendapatan.

“Isi rumah mempunyai keupayaan dan daya tahan untuk menyokong perbelanjaan, serta, mempunyai aset kewangan mudah tunai yang mencukupi untuk membayar hutang,” katanya pada taklimat mengenai Laporan Tahunan BNM 2016, serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Pembayaran di sini hari ini.

Muhammad berkata pelaburan swasta akan disokong oleh pelaksanaan projek-projek dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.


“Sektor-sektor perkhidmatan dan pembuatan menyumbang 75 peratus daripada aktiviti pelaburan swasta manakala projek-projek kualiti utama akan meningkatkan kecekapan, kapasiti produktif dan pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori