Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Ikan Patin Tetap...

TEMERLOH - Koperasi Penternak Ikan Patin Temerloh tidak bercadang menaikkan harga ikan sungai...

Shafie Apdal Ditahan SPRM...

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd...

144 Warga Asing Diperiksa...

GEORGE TOWN - Seramai 144 warga asing daripada pelbagai negara diperiksa dalam Ops...

Polis Kelantan Tahan 11...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan 11 individu termasuk tiga rakyat Thailand yang...

“Elfira Bukan Punca Saya Putus Cinta” – Sufian

PENYANYI Sufian Suhaimi menafikan dakwaan mengatakan dia sanggup meninggalkan bekas teman wanitanya semata-mata demi mengejar cinta pelakon Elfira Loy.

Menurut Sufian, dia putus cinta bukanlah disebabkan individu ketiga seperti mana yang didakwa netizen.

Malah, dia langsung tidak berasa tertekan dengan hal tersebut yang sedikit sebanyak ‘mencalarkan’ imejnya sebagai seorang penyanyi.

“Saya tidak tertekan, malah menganggap semua itu hanya sekadar usikan yang tidak serius. Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanya kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira.

“Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan tetapi kami berpisah bukan kerana orang ketiga. Tidak sepatutnya Elfira dituding sebagai puna kerana isu yang dibangkitkan ini sengaja dicipta,” katanya dipetik BH Online.

Keakraban Sufian dan Elfira semakin ketara apabila penyanyi itu menghadiahkan Elfira jambangan bunga ros sempena ulang tahunnya yang ke-23, baru-baru ini.


Sufian juga merupakan satu-satunya rakan artis yang dijemput Elfira bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari jadi pelakon genit itu di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Cheras.

Mengulas mengenai kelibatnya dalam majlis itu, Sufian berkata, “Saya hadir pada sambutan hari jadi pertamanya yang diraikan bersama anak yatim. Diikutkan ketika itu, ada beberapa teman lain ada bersama tetapi kerana saya tetamu lelaki tunggal, lalu dijadikan modal untuk mewujudkan cerita.”

Baca:Ā Demi Elfira, Sufian Suhaimi Tinggalkan Kekasih Lama?

Juga:Ā Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian & Elfira?

Sufian sebelum ini didakwa segelintir netizen sanggup meninggalkan teman wanitanya semata-mata mengejar cinta pelakon berkening lebat itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori