Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PBNJ Tawar 40% Saham...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menawarkan 40 peratus daripada pegangan...

Kes Bunuh Segambut: Bayi...

MENGEJUTKAN apabila dua abang kepada adik beradik yang ditemui mati bersama bapa mereka...

3 Maut,Seorang Cedera Parah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita...

Shafee Mahu Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan...

Eskalator Di Sunway Pyramid Disalahguna – Pengurusan

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Sunway Pyramid mendakwa eskalator pusat beli-belah itu telah disalahgunakan sebelum berlaku kejadian tidak diingini pada Ahad, mengakibatkan seorang remaja perempuan cedera di bahagian betisnya.

Pengurusan itu dalam kenyataan rasminya pada Isnin, menyatakan hasil siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan eskalator itu, termasuk dengan penggunaan kereta sorong bayi, sekali gus menunjukkan kurangnya etika sebagai faktor penyumbang terhadap insiden buruk itu.

“Pihak pengurusan pusat membeli-belah ini bersama-sama OTIS serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah memeriksa pelbagai sumber dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” kata kenyataan itu.

Insiden itu yang menjadi tular di media sosial menunjukkan mangsa terduduk di tepi eskalator dengan luka di bahagian betis, sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Menurut kenyataan itu, pelajar berusia 20 tahun itu semakin pulih dan kini dalam penjagaan yang baik di hospital berhampiran.


Kenyataan itu berkata pusat beli-belah itu akan memasang besi penghadang di kesemua eskalatornya bagi mengelak kereta sorong bayi, troli, kerusi roda atau sebarang bentuk barangan seumpama itu daripada menggunakan eskalator.

“Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning dan bukan bersandar di susur tangan yang bergerak,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori