Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KBS Sedia Ikut Saranan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit...

Korea Utara Usir Pelancong...

SEOUL - Korea Utara mengusir seorang pelancong Jepun yang ditahan ketika melawat negara...

Lebih 300 Penduduk Di...

JOHOR BAHRU - Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke...

Lindungi Premis Haram: 3...

PUTRAJAYA - Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman...

EU Harap Muktamad Perjanjian Dengan Jepun

BRUSSELS – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka melawat Brussels bulan ini, sekali gus bakal mengukuhkan perjanjian perdagangan bebas antara Tokyo dan Kesatuan Eropah (EU), kata Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, semalam.

Abe bakal mengadakan pertemuan dengan Juncker dan Presiden EU yang baharu dilantik, Donald Tusk, pada 21 Mac ini.

“EU akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan,” kata Juncker kepada pemberita di sini.

EU menaruh keyakinan untuk menamatkan perbincangan mengenai perjanjian itu, tetapi beberapa sumber yang rapat dengan perbincangan menyebut ada beberapa perkara yang mungkin menjejaskannya.

Jepun dilaporkan sudah mengemukakan ke Parlimen cadangan untuk membuat perubahan dalam sektor tenusu tetapi dijangka tidak dilaksanakan sebelum musim panas ini.


Menurut sumber, Jepun juga enggan menyerahkan hak dalam bidang itu yang menjadi tumpuan utama EU bagi memuktamadkan perjanjian.

“Tempoh pelaksanaan undang-undang mengenai sektor tenusu dan ketidaktentuan hubungan antara Jepun dan Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump juga dijangka mempengaruhi perbincangan,” kata seorang lagi sumber. – AFP/BH ONLINE

Kategori