Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Nafi Hutang...

PUTRAJAYA - Dakwaan mengatakan jumlah bersih hutang langsung yang diterbitkan hari ini iaitu...

116 Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Banjir kilat yang berlaku di Baling mulai surut dengan kebanyakan...

Remaja Dikhuatiri Lemas Tergelincir...

KUANTAN - Seorang pelajar Maahad Bahasa Arab dan Al-Quran (MABIQ) di sini, dikhuatiri...

Ibu Tunggal Peserta Terbaik...

KUALA BERANG - Berkat usaha yang tidak jemu menambah pengetahuan terhadap perusahaan madu...

Farhan AF Timang Anak Sulung Perempuan

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi bersuara mantap, Farhan Azizan yang telah pun selamat bergelar ibu, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Farhan yang juga merupakan pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat melahirkan anak sulung perempuan seberat 3.2 kilogram itu di Hospital Putrajaya secara pembedahan .

Pada masa yang sama, Farhan akui gembira bercampur syurga apabila hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata perempuan termakbul.

“Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Saya tidak melalui proses yang panjang di bilik pembedahan. Semua lancar dengan izin-Nya.

“Hasrat suami yang mahukan anak perempuan akhirnya dimakbulkan. Saya tak kisah apa jantinanya, cukuplah dia lahir dengan segala sifat dan sihat.

“Nikmat bergelar ibu sudah lama saya nantikan. Semoga bayi saya ini akan menjadi anak bijak dan baik,” katanya kepada BH Online.

Farhan mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Rashadan pada Oktober 2014.


Farhan AF Timang Anak Sulung Perempuan

Farhan merupakan antara salah seorang pelajar AF yang memiliki tona suara yang sedap dan unik.

Meskipun popularitinya tidak segah penyanyi lain, namun dia sering diundang menyanyi di majlis-majlis ekslusif termasuk istana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori