Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KDN Siasat Pengarang, Penerbit...

PONTIAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang...

Dadah Bernilai RM1.7 Juta...

MIRI - Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta...

Bomba Selamatkan 2 Beranak...

MELAKA - Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Tangga...

MRT Fasa Pertama Mula...

KUALA LUMPUR - Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai...

Fasiliti Kesihatan Tingkat Pemantauan Kes H5N1

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan semua fasiliti kesihatan meningkatkan pemantauan ke atas kes-kes ‘Infuenza like illness’ dan kes jangkitan respiratori bagi pengesanan awal kes selesema burung (H5N1) dalam kalangan manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan itu dilakukan bagi sesiapa yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

Katanya anggota kesihatan diminta meningkatkan prosedur kawalan jangkitan infeksi di fasiliti kesihatan serta menggunakan alat perlindungan diri yang lengkap semasa menjalankan aktiviti di lapangan.

“Status kesihatan bagi anggota terlibat juga akan turut dipantau setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan dalam kalangan mereka yang menjalankan aktiviti di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas mengenai kes selesema burung yang dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan apabila beberapa ekor ayam kampung mati disahkan positif selesema burung.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tiada sebarang jangkitan kes selesema burung berlaku pada manusia setakat ini walaupun ada ternakan ayam disahkan diserang penyakit itu.

Dr Noor Hisham berkata aktiviti pengesanan kes secara aktif melibatkan sebanyak 58 rumah, 235 orang penduduk, 21 anggota kesihatan dan 45 anggota Makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah dilakukan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam mati di Kampung Pulau Tebu.


Katanya tanda-tanda awal penyakit selesema burung adalah demam tinggi (melebihi 38 darjah celsius), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi atau letih lesu.

“Orang ramai dinasihatkan agar segera mendapat rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala dan terdedah kepada ayam mati yang disahkan positif atau kejadian unggas mati yang luar biasa.

“Bagi penyembelih ayam, penjual ayam dan pemproses daging ayam hendaklah memakai penutup mulut dan hidung, apron, sarung tangan getah atau plastik dan kasut but getah kalis air serta membasuh tangan dengan air yang bersih dan sabun,” katanya.

Beliau berkata terdapat enam kes diisolasikan melibatkan anggota JPV yang mengalami gejala ringan dan telah discaj pada 6 Mac setelah berada dalam keadaan sihat.

“Satu kes melibatkan seorang penduduk kampung telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan pada 8 Mac lepas, disahkan negatif H5N1 dan positif bagi Influenza B,” katanya. – BERNAMA

Kategori