Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lionel Messi Gagal Rayuan...

MAHKAMAH Agung Sepanyol telah mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21...

IKIM Lancar CD Syarahan...

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan dua cakera...

Dewan Rakyat: Nombor Tidak...

KUALA LUMPUR – Kesemua nombor yang tidak aktif akan masuk tempoh kuarantin atau...

Tipu Mati Elak Beri...

WASHINGTON - Kerana tidak tahan isteri terlalu kerap meminta wang, seorang lelaki Honduras...

Gadis Berhijab Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan

HASRAT seorang gadis berusia 18 tahun yang berniat membunuh diri dengan terjun dari jambatan Kuala Kurau, Parit Buntar, gagal selepas dia berjaya dipujuk anggota bomba, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, tindakan mangsa yang cuba terjun dari jambatan terbantut selepas perbuatannya itu disedari anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui kawasan itu.

Usaha anggota JPJ yang cuba memujuk gadis memakai hijab itu bagaimanapun tidak berjaya sebelum dia bertindak menghubungi bomba.

Gadis Berhijab Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk remaja berkenaan.


“Remaja perempuan yang berjaya dipujuk itu kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya sebelum operasi ditamatkan pada 7.47 malam,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, tidak diketahui apakah punca menyebabkan gadis bertudung berkenaan bertindak sedemikian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori