Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Tegur Editor...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat tidak berpuas hati...

Video: Penumpang Grabcar Licik,...

SINGAPURA - Seorang lelaki yang menaiki sebuah teksi 'Grabcar' menyamun pemandunya dalam kejadian...

Dulu Flat Usang, Kini...

KUALA LUMPUR - Bertuahnya pemilik 1Razak Mansion di Jalan Sungai Besi! Jika dahulu...

Menangani Kesan Kronik Paru-Paru...

KUALA LUMPUR - Tanpa berkata sepatah pun, doktor itu meneliti imej imbasan CT...

Gadis India Pakai Celak Guna Pisau Di Lutut

SEORANG remaja dari Ajmer, Rajasthan, di utara India mempamerkan bakat atau kebolehan yang pasti ramai tidak sanggup melihat atau mencubanya sendiri.

Apatah lagi aksi yang ditonjolkan itu mampu membahayakan pancaindera atau mana-mana anggota badan.

Menerusi klip perkongsian laman Mirror, Anamika Kothari, 14 mempamerkan bakat atau kebolehan yang dimiliki memakai celak atau dikenali sebagai Kajal di bawah mata menggunakan pisau yang diletakkan pada lutut.

Di dalam klip tular tersebut, jelas kelihatan kelenturan (fleksibiliti) anggota badannya sebelum melakukan aksi ngeri dan berbahaya itu.

Gadis India Pakai Celak Guna Pisau Di Lutut

Gadis India Pakai Celak Guna Pisau Di Lutut

Kothari mengenakan celak hitam itu pada hujung mata pisau dan meletakkan objek tajam itu pada bahagian pelipatan lututnya sebelum melakukan sapuan secara terbalik iaitu kepala di bawah dan kaki di atas.

Malah disebabkan kebolehan yang dimiliknya itu, Kothari berjaya menempatkan dirinya dalam program realiti India’s Got Talent.

“Saya sebenarnya seorang yang pemalu dan konservatif.

“Saya tidak pernah mengidamkan untuk menjadi terkenal tetapi gemar melakukan pertunjukkan malah saya akan terus berusaha lagi dan melakukan pelbagai posisi yoga yag mencabar,” katanya.


Kathori mula mempelajari yoga sejak berusia dua tahun dan menghabiskan masa selama dua jam setiap hari untuk berlatih aksi ngeri itu daripada ayahnya yang bertindak sebagai jurulatih.

“Ibu bapa saya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengajar atau mengembangkan bakat saya. Oleh itu, saya tidak mahu anak-anak menerima nasib yang sama seperti saya.

“Malah saya akan mempastikan mereka berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan,” jelas bapa Kothari iaitu Narendra Kumar Kothari.

Narendra merupakan seorang peminat yoga dan memperolehinya daripada bapanya yang merupakan seorang ahli gusti namun bakatnya tidak dapat dikembangkan.

Kathori merasa bangga kerana dapat merealisasikan hasrat bapanya yang tidak tertunai itu dan membuka mata dunia bahawa wanita India tidak lemah.

“Saya berasa bangga kerana dapat melakukan sesuatu yang orang lain di India tidak boleh lakukan. Saya mahu tunjukkan bakat saya dunia dan membuktikan bahawa perempuan tidak lemah,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori