Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Celso Borges Teruskan Legasi...

GELENDZHIK - Celso Borges akan mengikut jejak langkah bapanya apabila turun beraksi bersama...

Polis, Tentera Kawal Bank...

SHAH ALAM - Kawasan bank serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikawal...

Kerajaan Prihatin Keperluan Perumahan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan jelas prihatin terhadap keperluan perumahan untuk rakyat khususnya generasi...

Kejayaan Khairul Hafiz Detik...

KUALA LUMPUR – Kejayaan Khairul Hafiz Jantan meraih ‘ibu pingat’ sukan olahraga iaitu...

Gejala ILI: 47 Pelajar SMART Teluk Intan Diasingkan

TELUK INTAN – Seramai 47 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Jalan Changkat Jong di sini, diasingkan di sebuah bilik asrama selepas dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI).

ILI di sekolah itu dikesan sejak Rabu lalu melibatkan 28 pelajar lelaki dan 19 perempuan daripada 428 pelajar apabila mereka menunjukkan simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang membuat lawatan ke sekolah itu untuk mengetahui perkembangan keadaan kesemua mangsa tersebut, hari ini.

“Tahap kesihatan mereka adalah stabil dan kini dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penyakit terbabit menular kepada pelajar lain.

“Malah sampel air liur daripada beberapa pelajar asrama telah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buluh (Selangor) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan berkata pengurusan sekolah telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan termasuk membekalkan topeng muka kepada pelajar.


Sehubungan itu juga, Mah turut meminta Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk meningkatkan pengawasan terhadap tahap kesihatan pelajar bagi mengesan simptom awal jangkitan influenza dalam kalangan mereka.

Semalam, Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon mengumumkan seramai 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikesan menghidap gejala penyakit ILI.

Daripada jumlah itu, seramai 129 pelajar adalah dari Sekolah Raja Perempuan Taayah; 84 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan selebihnya murid dari Sekolah Kebangsaan Klebang. – BERNAMA

Kategori