Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PDRM Ambil 16 Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 16 sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai perintis...

ASEAN Bimbang Ketegangan Di...

MANILA - Kesemua 10 negara anggota ASEAN amat bimbang tentang ketegangan yang semakin...

Selalu Tidur Di Meja,...

MUNGKIN ada yang pernah berasa begitu letih di pejabat sehingga terpaksa tidur berbantalkan...

Polis Lempang Ibu Sampai...

ADA kisah di sebalik video tular yang menunjukkan seorang pegawai polis tiba-tiba menampar...

GMMF Mengutuk Keras Serangan Di London

KUALA LUMPUR – Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) menyuarakan kebimbangannya serta mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Westminster, London, yang meragut lima nyawa, termasuk suspek penyerang, dan menyebabkan 40 orang cedera.

Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutifnya, Dr. Nasharudin Mat Isa, berkata GMMF sentiasa berdiri teguh bersama mangsa dan berdoa agar terbentuk satu barisan bersepadu bagi menentang semua bentuk keganasan serta perbuatan melampau.

“Berikutan siasatan penuh anti kegansan yang sedang dijalankan dengan diterajui Markas Memerangi Kegansan Perkhidmatan Polis Metropolitan, GMMF mengulangi pendiriannya tentang kepentingan mencegah keganasan melampau melalui pelbagai saluran serta perlunya ideologi pengganas seperti itu ditumpaskan secara intelektual,” katanya.

Menurut laporan antarabangsa, empat orang terbunuh dan 40 cedera selepas dirempuh dan ditikam dalam satu serangan mengejut di Westminster Bridge.


Kereta penyerang merempuh pejalan kaki di jambatan itu sebelum melanggar pagar Bangunan Parlimen.

Penyerang kemudian berlari melepasi pintu pagar sambil menghunus pisau dan menikam hingga mati seorang anggota polis berusia 48 tahun sebelum dia ditembak mati seorang pegawai polis. – BERNAMA

Kategori