Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Serbu Premis Jual...

KUALA LUMPUR - Susulan kejadian 19 individu maut selepas minum arak di sekitar...

Sarawak: Mangsa Banjir Berkurangan...

KUCHING - Keadaan banjir di Sarawak semakin surut dengan jumlah mangsa banjir di...

Khairy Ajak Orang Ramai...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyeru agar orang ramai...

SPRM Sudah Jalankan Siasatan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul...

Cikgu Guna Pelajar Kaut Duit Derma Ditahan Reman

KOTA BAHRU -Mereka mendaftar di sebuah sekolah di Alor Setar untuk belajar agama, namun tujuh pelajar berusia 14 hingga 16 tahun itu diminta ke bandar ini untuk melakukan ‘kerja amal’ mengutip derma bagi pihak pengurusan sekolah.

Semua remaja itu, empat lelaki dan tiga perempuan berada di sini sejak 1 Mac lalu dan mereka melakukan aktiviti berkenaan di bawah pemantauan seorang ustaz berusia 31 tahun yang dibantu dua guru berusia 30 tahun.

Modus operandi mereka merayau-rayau sekitar bandar sambil membawa barangan seperti gel herba dan madu, kalendar waktu solat dan surat mengenai pusat pengajian bagi memohon derma.

Bagaimanapun, pelajar terbabit diselamatkan selepas polis menemui mereka berkeliaran di Jalan Mahmud, di sini, pada jam 11.30 malam Isnin lalu.

Polis kemudian melakukan serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Panchor, Kemumin, di sini, yang dipercayai menjadi rumah transit mereka selama dua minggu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, serbuan hasil maklumat seorang pelajar itu dan tiga lelaki ditahan kerana disyaki mengeksploitasi pelajar untuk mengemis.

“Serbuan dilakukan jam 12.15 tengah malam Isnin dan kita merampas pelbagai barangan dan surat yang digunakan pelajar untuk mengemis.


“Semua mangsa dikatakan dari Kedah dan ke negeri ini selepas ditawarkan untuk membuat kerja amal oleh pengurusan pusat pengajian. Mereka diberi tempat tinggal dan makan secukupnya,” katanya.

Mohd Fakri berkata, ketika serbuan di rumah itu, semua mangsa berada di dalam van jenis KIA Pregio di hadapan rumah terbabit dan disyaki mangsa eksploitasi.

Katanya, susulan tangkapan itu, suspek mendakwa tiada kaitan untuk memperdagangkan manusia bagi tujuan mengemis.

“Kita tahan reman ketiga-tiga suspek selama tujuh hari bermula semalam (kelmarin) hingga 20 Mac untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeluduhan Migran 2007,” katanya. – myMetro Online

Kategori