Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ozlyn Wati Berjaya Kurus...

PETALING JAYA - Pelakon Ozlyn Wati yang juga isteri kepada Johan (Raja Lawak)...

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah...

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang...

Asyik Kerap Muntah, Ezad...

SEKALI lagi, pelakon popular Ezad Lazim terpaksa dimasukan ke sebuah hospital berikutan mengalami...

7 Bulan Kemaskini FB...

SEORANG pakar bedah membunuh bekas isterinya dengan cara menolaknya dari tebing dan selama...

H5N1: Ayam Masih Selamat Dimakan – Dr. Hilmi

KUALA LUMPUR – Ayam selamat dimakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya ayam dan hasilan ayam selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah Celsius.

“Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak…ayam dimasak dengan sempurna. Jadi, memanglah selamat untuk dimakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama di sini, hari ini.

Dr. Hilmi berkata pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini menunjukkan tiada laporan mengenai jangkitan H5N1 kepada manusia termasuk di Kelantan.


Namun, katanya Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan secara berkala di setiap peringkat dan daerah.

Pada Rabu, Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di jajahan Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • H5N1

Kategori