Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Trump Dahului Clinton Bakal...

WASHINGTON DC - Perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS); sebuah negara kuasa besar...

Trafik Di Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang...

Pelajar UiTM Cipta Kenderaan...

INDUSTRI automotif dunia kini giat menginovasikan prototaip kenderaan tanpa pemandu yang dijangka akan...

Malaysia, Ukraine Sambut 25...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Ukraine hari ini meraikan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik,...

H5N1: JPVK Lupus 35,999 Unggas, 14,330 Telur

KOTA BHARU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) melupuskan sebanyak 35,999 unggas dan 14,330 telur dalam operasi membasmi wabak selsema burung (H5N1) di negeri ini sehingga semalam.

JPVK dalam kenyataan berkata selain itu sebanyak 3,392 sampel telah diambil daripada 571 pemilik di enam jajahan yang terbabit dengan wabak berkenaan.

“Enam jajahan iaitu 14 lokasi di Kota Bharu, Pasir Mas (enam), Tumpat dan Pasir Puteh (masing-masing tiga) manakala Tanah Merah dan Bachok (masing-masing satu) terlibat dengan wabak berkenaan.

“Setakat ini, tiada lokasi baharu dikesan dengan serangan wabak berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas. – BERNAMA

Kategori