Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu...

Kemungkinan Salji Lebat: Pasukan...

SEJONG (Korea Selatan) - Pasukan petugas khas dengan kerjasama kerajaan tempatan dan wilayah,...

Jauhi Rasuah, Salah Guna...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pentadbir...

Tak Ambil Tindakan Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Keluarga seorang daripada dua mangsa pokok tumbang di Jalan Ampang,...

Hafiz Hamidun Nikahi Ibu Tunggal Mei Ini

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan ahli perniagaan Hafiz Hamidun yang khabarnya tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Hafiz, 33, membuat pengumuman berita gembira itu menerusi laman Twitternya.

Menerusi status itu, Hafiz memaklumkan dia merancang menikahi wanita pilihannya itu sebelum umat Islam menyambut Ramadan, iaitu pada Mei depan.

Hafiz Hamidun Nikahi Ibu Tunggal Mei Ini

Manakala, majlis resepsinya pula bakal diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

Bercerita kepada mStar Online mengenai bakal isterinya, Hafiz memberitahu wanita itu merupakan ibu tunggal.

“Kami kenal antara satu sama lain sudah lama tetapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius.


“Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya.

“Pada mulanya memang keluarga persoalkan status wanita pilihan saya ini, tapi akhirnya mereka faham dengan perancangan saya.

“Saya sendiri sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini, saya harap semua pihak doakan semoga ia berjaya,” katanya.

Hafiz bagaimanapun engan mendedahkan identiti wanita itu dan bilangan anak yang dimilikinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori