Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MB Kelantan Yakin Bajet...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan menjangkakan Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri...

Ugut Zaid Dengan Penukul,...

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan...

Kerajaan Tidak Bercadang Mansuh...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mansuh Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap...

Kebakaran Kecil Di Wad...

SHAH ALAM - Kebakaran kecil berlaku di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)...

Hanya Peminat Aktiviti Tak Bermoral Bantah RUU 355

KUALA LUMPUR – Hanya mereka yang berminat melakukan kegiatan tidak bermoral menentang usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355

Pemimpin PAS, Idris Ahmad berkata, mereka yang berakhlak dan bermoral pula akan bersetuju dengan usaha tersebut kerana ia akan membentuk rakyat Malaysia yang baik.

“Hebatnya hukum Allah S.W.T baru cadang sudah menimbulkan kegerunan terutama mereka yang bersalah dan berminat untuk berkelakuan tidak bermoral.

“Mereka yang bermoral dan berakhlak akan bersetuju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha PAS untuk meminda Akta 355 dibantah hebat oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pindaan itu bakal mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang melakukan kesalahan syariah termasuk berzina dan minum arak.


Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut senada menentang cadangan untuk meminda Akta 355.

Mufti Perlis berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina jika zina itu dilakukan secara tertutup seperti berzina dalam rumah yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC

Kategori