Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Media Sosial Tak Sesuai...

SEREMBAN - Doktor dalam perkhidmatan kerajaan diarahkan supaya tidak membincangkan hal rawatan pesakit...

MyCARE Kehilangan Seorang Imam

KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) kehilangan seorang imam terpilih bagi...

Rolls-Royce Di Korea Laris...

SEOUL - Pengeluar kereta mewah ternama dunia, Rolls-Royce Motor Cars berhasil meraih penjualan...

23 Kawasan Di Kuala...

KUALA SELANGOR : Sebanyak 23 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air...

Heboh Di Indonesia Iklan ‘Beli Rumah Dapat Istri’

MASIH ingat lagikah anda kisah viral seorang wanita bernama Wina di Yogyakarta, Indonesia  yang menawarkan diri menjadi isteri pada sesiapa yang membeli rumahnya?

Baca: Wanita Tawar Pakej Paling Menarik, Beli Rumah Dapat Dia!

Nampaknya idea yang dicetuskan Wina ini turut ditiru oleh sebuah syarikat jualan rumah di sana menerusi iklan poster iaitu ‘Beli rumah dapat istri’.

Iklan yang disifatkan lucu campur sensasi itu lantas menarik perhatian ramai hinggakan heboh diperkatakan netizen.

Di Indonesia, bini dieja sebagai ‘istri’, manakala di Malaysia adalah ‘isteri’.

Menerusi iklan itu, turut dinyatakan ‘buruan hanya ada 6 istri’ (tinggal hanya 6 istri). Biar betul?

Ternyata itu cuma helah pemaju sahaja. Ini kerana ISTRI yang dimaksudkan dalam iklan itu bukanlah bini.

Sebaliknya, ISTRI membawa kepada singkatan Internet, Sofa, Telefon, Refrigerator (peti ais) dan iPad.


Heboh Di Indonesia Iklan 'Beli Rumah Dapat Istri'

Tulisan maksud ISTRI itu sebenarnya ada di dalam poster, namun ukurannya lebih kecil.

Difahamkan, iklan unik ini sudah pun lama digunakan sejak tahun lalu, dan kini kembali menjadi tular di media sosial.

Melihat pada iklan tersebut, pasti ramai yang tertipu dengan iklan ini bukan? Tambahan pula, iklan itu turut mempamerkan model wanita cantik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori