Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Kawalan Keselamatan Tahap Tertinggi...

ISKANDAR PUTERI - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan...

Rezeki Sampah Tengah Laut...

PONTIAN - Seorang nelayan warga emas bukan saja turun ke laut untuk mencari...

Perajurit Muda Diingatkan Tak...

IPOH - Perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya tidak sesekali...

Angan-Angan Jadi ‘MB Baharu’...

BELUM pun Pilihan Raya Umum ke-14 bermula, banyak ahli politik daripada parti-parti pembangkang...

Herman Tino Mengaku Tumpang Populariti Aiman

PETALING JAYA – Penyanyi era 1980-an, Herman Tino tidak berkecil hati apabila ada segelintir pihak sering mengaitkannya dengan pendatang baharu Aiman Tino.

Sebaliknya kata Herman, dia sebenarnya menumpang populariti penyanyi berusia 18 tahun itu yang sekaligus telah memberi publisiti kepadanya.

“Dahulu ketika nama sudah tenggelam saya muncul dalam muzik video Hafiz iaitu Awan Nano dan nama Herman Tino itu kembali popular.

“Sekarang orang kaitkan saya dengan Aiman Tino pula tetapi saya tidak melihat ia sebagai suatu yang negatif.

“Apabila orang mengaitkan kami sebenarnya saya mendapat keistimewaan selain publisiti kerana nama saya kembali disebut-sebut peminat,” katanya kepada mStar Online.

Herman Tino Mengaku Tumpang Populariti Aiman
Aiman Tino.

Dalam pada itu, Herman atau Marsun Tamsi, 63, berkata, dia pernah bertemu dengan Aiman dan menyifatkan penyanyi itu mempunyai bakat besar.

“Saya tidak sangka Aiman kecil molek sahaja orangnya dan pada pertemuan kami sempat kami berbual-bual.

“Dia seorang yang hormatkan orang tua dan mempunyai bakat besar walaupun badannya yang kecil,” katanya.


Sementara itu, Herman berkata, dia tidak menolak sekiranya ada pihak ingin menggandingkan mereka menerusi sebuah lagu duet atau persembahan pentas suatu hari nanti.

Kata Herman, walaupun dia artis senior namun dia menganggap kerjasama dengan artis baharu seperti Aiman dapat menyemarakkan lagi industri seni.

“Saya sangat terbuka dengan idea berduet kerana saya akan lakukan atas nama seni.

“Sebagai artis lama saya perlu memberi sokongan kepada bakat-bakat baharu seperti Aiman dan pada saya tidak perlu wujud jurang hanya kerana saya artis senior,” katanya. – mStar Online

Kategori