Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Serangan Dr. Mahathir Kerana...

PUTRAJAYA - Motif serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib...

Tan Cheng Hoe Jadi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Tan Cheng...

Parti Baharu Tun M...

KUANTAN - Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yakin parti...

Lebih 1,400 Doktor Kontrak...

KUALA LUMPUR : Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai...

Hiburan Berkonsepkan Islam Perlu Diketengahkan

PASIR PUTEH – Hiburan yang berkonsepkan Islam perlu diketengahkan terutama membabitkan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata ia penting bagi melahirkan insan yang berbudi pekerti, berakhlak dan berbudi serta mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling membantu sesama Islam.

“Program berteraskan Islam ini perlu diberi keutamaan kepada generasi muda agar mereka tidak terbabit dengan budaya negatif seperti melakukan jenayah dan penyalahgunaan dadah yang merosakkan masa depan mereka.

“Islam perlu ditampilkan sebagai model contoh agar masyarakat bukan Islam terus menghormati kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival iNelayan Tok Bali di sini, malam tadi.

Karnival dua hari itu dianjurkan dengan kerjasama 24 agensi kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan Islam, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Tabung Haji (TH).


Antara program yang diadakan ialah Himpunan Dakwah Belia Kelantan, perlawanan futsal, pameran dan jualan sukan sunnah, Dapur Halal dan Forum Perdana Ehwal Islam. – BERNAMA

Kategori