Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tauke Akhirnya Umum Nikah...

HANYA kerana tidak lagi kelihatan bersama dalam majlis hiburan mahupun di laman sosial,...

Kata Putus Harga Tiket...

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia...

Real Harus Lebih Mantap...

MADRID - "Real Madrid masih perlu meningkatkan lagi kemajuan," kata Cristiano Ronaldo selepas...

Mayat Warga Emas Ditemui...

GEORGE TOWN - Mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai mati sejak dua...

Sasar Jualan 2,000 Unit Sebulan Bagi City Baharu

SHAH ALAM – Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi model City baharu yang dilancarkan hari ini, dengan varian S berharga kurang RM1,000 daripada S+ sebelum ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Katsuto Hayashi berkata City baharu itu, dilengkapi penambahbaikan segmen C serta tawaran keselamatan dan ciri-ciri canggih yang dinaik taraf, ditawarkan pada harga segmen B tanpa sebarang kenaikan.

City baharu itu, yang mengekalkan enjin 1.5L i-VTEC Honda, boleh didapati dalam tiga varian iaitu S, E dan V, dengan harga atas jalan masing-masing antara RM78,300, RM84,600 dan RM92,000.

“Saya yakin tiga varian ini boleh menarik lebih ramai pembeli yang berminat untuk bertukar kepada ciri-ciri nilai tambah lebih baik,” katanya dalam ucapan semasa pelancaran model City baharu itu di sini, hari ini.


Model baharu itu tersedia dalam lima warna iaitu Lunar Silver Metallic, Dark Ruby Red Pearl, Taffetta White, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Sejak pelancaran Honda City Generasi Keempat pada Mac 2014, model itu menerajui kategori Sedan segmen B dengan lebih 100,000 unit dijual di Malaysia, dan hampir 40 peratus jualan Honda Malaysia dalam tempoh tiga tahun. – BERNAMA

Kategori