Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bank Dunia Semak Turunkan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara...

Dakwa Mahdi Di Sabah,...

PADANG RENGAS : Polis menyiasat pemilik akuan Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi...

Akta Hasutan Sah Perlembagaan...

PUTRAJAYA - Hasrat seorang pensyarah Universiti Malaya, Dr. Azmi Sharom yang 'dipergunakan' pihak...

Kurang Kasih Sayang Faktor...

KUALA LUMPU – Ketandusan kasih sayang dan perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak...

Hovid Terima Lesen Pembuatan Kilang Di Chemor

KUALA LUMPUR – Hovid Bhd menerima lesen pembuatan bagi kilangnya di Chemor daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Lesen itu sah dari 6 Mac, 2017 hingga 31 Dis, 2017, dan boleh diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, lesen pembuatan bagi kilangnya di Ipoh di Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelum ini Jalan Kuala Kangsar), Ipoh, Perak menunggu selesai tindakan pembetulan yang sedang dilaksanakan.

Syarikat farmaseutikal itu menyasarkan untuk menyelesaikan tindakan pembetulan bagi kilangnya di Ipoh untuk mematuhi Amalan Pembuatan Baik pada masa ini yang dikehendaki oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada akhir Mac 2017.


Pengeluaran semula lesen itu tertakluk kepada NPRA yang berpuas hati dengan tindakan pembetulan yang diambil oleh Hovid, katanya.

“Kami menjangka untuk memperoleh keputusan daripada NPRA bagi kilang kami di Ipoh pada akhir Mei 2017,” menurut syarikat farmaseutikal itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hovid

Kategori