Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Antara 12...

KEMAMAN - Dua warga emas antara 12 yang diberkas ketika leka bermain judi...

Tiada Telco Terlibat Penjualan...

TANJUNG MALIM - Tiada syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang terbabit dalam...

Kami Cuma Mahu FAM...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tindakan persatuan itu membangkitkan...

105,474 Sudah Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Hukuman Penjara Ibu Tampar Guru Ditangguh

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang ibu yang didapati bersalah menampar muka seorang guru wanita, dua tahun lepas.

Suri rumah itu, Tan Seow Yen, 36, turut dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan yang dilakukan dan wanita itu telah membayar denda berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Peguam Mohd Ismail Mohamed, yang mewakili Tan, memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman di Mahkamah Tinggi pada 8 Mac lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azrul Abdul Rahman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan memohon pasport Tan diserahkan kepada mahkamah selain memohon tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Azmi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menolak permohonan pihak pendakwaan untuk Tan melaporkan diri di balai polis atau menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Tan menjalani hukuman penjara enam bulan sejak 8 Mac lalu selepas Mahkamah Majistret Jawi mendapati suri rumah itu bersalah menampar L. Vanitha, 38, yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang di Sungai Bakap pada pukul 5.15 petang, 2 Feb 2015.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 14 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas anak lelakinya yang ketika itu berusia sembilan tahun telah dicubit guru berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori