Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

MH17: Perak Adakan Istiadat...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas...

440,682 Calon Berdaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran...

Malaysia, Indonesia Bincang Isu...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan membincangkan isu berhubung keselamatan kedua-dua negara...

Reda Kontroversi Foto Bogel,...

NAMA aktres sensasi Tasha Shilla menjadi panas di kolum gosip, blog, forum mahupun media...

Husam Diarah Keluar Dewan Ingkar Arahan Speaker

KOTA BHARU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarah Speaker Datuk Abdullah Ya’kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas Exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan iaitu kira-kira lima minit sebelum sidang DUN tamat.

Tindakan itu dibuat selepas Speaker beberapa kali memberi amaran lisan kepada Husam kerana tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, baiah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun Ahmad enggan memberi laluan.

Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.


Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan namun bertekad untuk terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, Ahmad berkata setiap ADUN perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang untuk berbahas semalam, namun tidak digunakan oleh Husam untuk berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori